Sunday, March 1, 2009

Penggunaan Bahasa Melayu

By -KiNG-Terror

Ini kali pertama saya menulis dalam blog ini dan saya menggunakan Bahasa Melayu untuk menulis demi bersetuju dengan hujah -KiNG-Scire, iaitu menunjukkan bahawa kami berasal dari negara yang berbilang kaum. Sebelum saya mula, saya ingin meminta maaf jika terdapat apa-apa kesalahan atau menyinggung perasaan sesiapa.

Terlebih dahulu, saya ingin mengatakan betapa bangga saya dapat masuk ke dalam clan ini. Ribuan terima kasih dirakamkan kepada ketua clan ini, -KiNG-Supreme dan semua ahli clan ini. Saya janji akan mendengar segala nasihat dan teguran serta cuba sedaya upaya untuk main apa-apa perlawanan dengan baik.

Syabas diucapkan kepada -KiNG-Supreme kerana bilangan ahli clan ini telah mencecah sepuluh orang dan lebih. Harap bilangan ahli akan bertambah dan mencecah dua puluh orang dalam tempoh yang singkat.

Hari peperiksaan kian hari kian dekat. Saya ingin mengucapkan semua ahli clan ini semoga berjaya dalam peperiksaan. Cepatlah mula mengulang kaji pelajaran dan jangan main Dota dengan kerap pada hari yang akan datang. Belajarlah dengan bersungguh-sungguh dan menperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Selain itu, saya ingin memberitahu -KiNG-Scire dan -KiNG-Saffron bahawa saya memerlukan semua tuah yang diperlukan walaupun saya dalam Tingkatan Tiga. Hal ini demikian kerana saya bergantung pada tuah saya selama ini untuk lulus dalam peperiksaan. Saya bukannya seperti kalian begitu rajin. Saya seorang pemalas!

Sampai ke sinilah kali ini. Sekian, terima kasih!

No comments:

Post a Comment